Friday, October 19, 2012

DORAEMON

EHHJMJL-LMLJKJI-FIIKNNMLKKKJFGHI-EHHJMJL-LMLJKJI-FIIKNNMLKKKJGHIH-MMLKLML-IJKIL-MLK-INMLMLK-LMJ-IH----

-FINISHED-

right here waiting



HLOSSRQP-PPQRQ-OOPQRPONML-SSRQP-PPQRQ-OOPQRQPONO-LOPPQ-QPOPOM-MNOPNML-LOPPQ-QOPOM-MNOPNOO-OOPQR-QOPOM-OPQR-QPOML-SSRQP-PPQRQ-OOPQRPONML-SSRQP-PPQRQ-OOPQRQPONO-LOPQRQLM-OPOML-LOPQRQLM-OOSS-

-FINISHED-

Thursday, October 18, 2012

kek span (apa-apa perisa pun)

bahan-bahan
- 5 biji telur
- 1 setengah cawan gula caster
- 3/4 cawan minyak jagung
- 2 setengah cawan tepung gandum
- 2sudu kecil ovalette
- perasa(yang nak digunakan)
- perwarna(yang nak digunakan)

cara membuatnya:
1. pukul telur , gula dan ovalette dalam mangkuk sehingga kembang.
2. masukan tepung gandum yang dah digaul bersama sama selang seli dengan minyak ke dalam bekas telur tadi.
3. sudah siap? tuang kan ke dalam loyang dan masukkan ke dlam oven
4. bakar selama 50minit - 1jam . pastikan suhu oven 180 darjah

notakaki: untuk pstikan kek masak . cucuk kek dengan lidi , kalau tak ada kek yang melekat pada lidi tersebut , bermakna kek itu sudah masak .

- selamat mencuba-

Wednesday, October 17, 2012

kuih cek mek molek

molek x. ? haha


BAHAN-BAHAN
500 gram keledek.
1/2  cawan tepung gandum.
1/2  cawan gula pasir.
Garam secukup rasa.
Minyak bagi mengoreng.
 
CARA MEMBUAT
  1. Rebuskan keledek dengan sedikit garam hingga empuk.
  2. Buangkan airnya dan lenyek hingga lumat.
  3. Gaulkan dengan tepung gandum.
  4. Bentukkan bujur dan masukkan gula pasir ke dalamnya.
  5. Kemaskan bentuk kuih supaya gula pasir tidak terkeluar.
  6. Goreng menggunakan minyak yang bnyak hingga kekuningan.
  7. Angkat kuih dan tuskan minyak.
  8. Sedia dihidangkan.

-SELAMAT MENCUBA-

KEK BUAH



Bahan-bahan 
450 g mentega
400 gula perang atau gula halus-
5 biji telur - grade A
600 g tepung gandum
1 sudu kecil bicarbonate soda-
1 sudu kecil cream of tar-tar
1 sk serbuk pala atau serbuk kayu manis-
450 g buah2an campuran(mix fruits)
150 g kekacang badam - cincang-
1 sudu kecil  esen buah2an atau  oren atau vanilla -
220 g gula pasir - utk gula hangus


CARA MEMBUAT:

1. Masak gula sehingga coklat keemasan dengan api yang kecil. Kacau selalu. Setelah gula bertukar warna perang, tuang air. Biarkan gula larut semua barulah ditutup api. Ketepikan.

2. Panaskan periuk kukusan.

2. Pukuk butter dengan gula sehingga kembang. Masukkan telur, esen vanila,esen mixfruits dan paste coklat. kacau rata.

3. Ayak tepung dengan baking soda. Gaulkan 2 sudu makan tepung dengan buah-buahan campuran.

4. Masukkan gula hangus dan kacau rata.

5. Masukkan buahan-buahan, badam keping dan  berselang seli dengan tepung. Kacau rata.

6. Tuangkan adunan dalam bekas bersaiz 8 inci.Tutup permukaan bekas dengan kertas alumunium.

7. Kukus kek selama 2- 3 jam.

8. Kek elok dimakan selepas beberapa hari kerana kek akan lebih lembab apabila air buah mula meresap pada kek.Kek juga tahan lama untuk disimpan.

-SELAMAT MENCUBA-

kek redvelvet



Resepi Red Velvet Cake

Bahan-bahan dan cara membuatnya:

Panaskan oven dahulu, 175 darjah celcius.

Langkah pertama ; sediakan,
250 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam halus
2 sudu makan cocoa powder
-ayak sekali dalam satu bekas. Ketepikan.

Langkah kedua,
240ml susu segar dicampurkan dengan 2 sudu teh cuka. *campuran ini dipanggil buttermilk*
- perap selama 10 minit dan campurkan 2 sudu teh pewarna merah. Ketepikan.

Langkah ketiga, 
Pukul sampai kembang,
150 gm butter
100 gm gula castor
200 gm gula perang
1 sudu teh esen vanila.
-bila dah kembang, masukkan 2 biji telur satu demi satu. Pukul lagi sampai kembang. Kemudian, masukkan tepung yang dah ayak tadi (langkah pertama) berselang seli dengan bancuhan buttermilk (langkah kedua). Ketepikan.

Langkah keempat,
Campurkan dua sudu teh cuka dengan 1 sudu teh soda bikarbonat. Campuran ni akan berbuih-buih. Cepat-cepat masukkan dalam adunan kek yang diketepikan tadi. (langkah ketiga).

Langkah kelima,
Masukkan ke dalam loyang yang dan bakar selama 25-30 minit. Bila dah masak, sejukkan. Hias mengikut kreativiti anda. 

cream kek redvelvet
250gm cream cheese
30gm butter
1 sudu besar esen vanilla
1 sudu besar susu segar
100gm gula ising
-satukan semua bahan dalam mangkuk, pukul hingga kembang.

notakaki: sapukan cream tu pada kek yang dah disejukkan tadi ..



-SELAMAT MENCUBA-

kuih lompang


BAHAN-BAHAN
2 cawan tepung beras
1/2 sudu teh kapur
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
5 cawan air
1 cawan kelapa parut muda
Garam secukupnya


CARA MEMBUAT
  1. Bancuhkan tepung beras dengan air kapur sudah ditapis.
  2. Masukkan gula merah, gula pasir, dan air ke dalam periuk dan didihkan.
  3. Tuangkan air gula ke dalam mangkuk adunan tepung tadi. kemudian kacau rata.
  4. Panaskan cawan kecil didalam kukusan.
  5. Kukuskan kuih selama 15 minit.
  6. Sejukkan kuih.
  7. Kemudian gaulkan kelapa dengan garam
  8. Cunhkilkan kuih perlahan-lahan dan masukkan kelapa parut muda di tengah.
  9. dan sedia dihidangkan.

-SELAMAT MENCUBA-

topping butter icing cream

bukan kek ni yang nak ditunjuk.. tapi cream kek tu .. ty 

250 gm butter/shortening (kalau nak icing putih & lebih tahan panas, guna shortening. tapi, kalau nak lebih sedap, baik guna butterlah)
125 gm krimwell
125 gm gula aising (kena ayak dulu supaya tak berketul2) 

Cara-cara
  1. Pukul shortening + krimwell hingga putih.
  2. Ayak gula aising, masukkan ke dlm shortening.
  3. Pukul lg hingga kembang dan putih. 
  4. Suaikan warna utk hiasan kek. 


notakaki : pukul dengan kelajuan MINIMA. makan masalah sket, tapi, insyaallah, icingnya nanti lebih cantik & mudah dilepa.

-SELAMAT MENCUBA-

cheese cake



Bahan-bahan (cheese cake biasa)

 125g cream cheese
• 300 ml susu segar
• 80 g mentega atau marjerin
• 80 g tepung gandum
• 80 gram gula halus
• 3 biji telur saiz A
• beberapa titik esen vanila/jus lemon

Cara-cara

1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula mentega/marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.
2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan
4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..
5. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek
6. Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah water bath(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)
8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.

-SELAMAT MENCUBA-

apam cute (polkadot/buahan/haiwan)



 ( 50 biji papercup medium )
3 biji telur dari peti sejuk (gred A)
275 gm tepung gandum (anggaran 2 1/2 cawan)
220 gm gula halus (anggaran 1 cawan)
150 ml susu segar/ susu cair (anggaran 3/4 cawan)
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovalette**
1 sudu kecil esen vanilla
filling blueberry/ strawberry/ apa-apa ikut citarasa yang disukai
pewarna
**Nama panggilan lain bagi ovelette adalah quick 75. Ia berwarna oren atau kuning dan teksturnya seperti gel.Ovalette merupakan pengemulsi atau penstabil yang digunakan untuk membuat kek span dan dan kek-kek yang menggunakan telur sebagai bahan untuk melembutkan kek.
**sudu kecil = sudu teh
**filling ialah inti bagi apam.
Cara-cara penyediaan apam (polkadot/buahan/haiwan)
1. Masukkan telur, gula dan ovalette ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih.
2. Selepas tue, baru campur bahan2 lain seperti masukkan susu, tepung+baking powder (yang telah diayak) dan esen vanilla dan mix lagi dengan kelajuan minimun sehingga sebati.
3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna water based mengikut pilihan.
4. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.
5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja).
6. Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan).
7. Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.
8. Last sekali corak kan dengan warna pilihan,kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak.

cupcake coklat


Bahan-Bahan(bekas size 10)boleh dapat 15cup sahaja
    • ½  cawan mentega
    • ½  cawan minyak jagung
    • 1 ¼ cawan gula perang
    • 3 biji telur
    • 2 ½ cwn tepung gandum
    • 1 sudu teh baking powder
    • 1 sudu teh soda bikarbonat
    • 3 sudu makan serbuk koko
    • 200 ml susu segar ( vanilla atau coklat)
    • Sedikit coklat chip untuk hiasan.
    Cara-cara:
    1. Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 180’C selama 15 minit.
    2. Pukul mentega, minyak jagung dan gula perang dalam bekas adunan
    3. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
    4. Tepung gandum, soda bikarbonat, serbuk koko dan baking powder perlu diayak bersama dan dicampur ke dalam adunan tadi.
    5. Kemudian campurkan susu segar berselang-seli dengan tepung  sehingga sebati.
    6. Paipkan adunan  ¾ ke dlm cup kertas dan letak sedikit coklat chip di atasnya.
    7. Siap untuk di bakar. Bakar selama 20 minit


    nota kaki: resepi ni pun boleh digunakan untuk buat kek biasa. Bezanya resepi ini acuannya letak di dalam cup tu . Tapi kalau nak buat kek biasa , tuang la dalam loyang biasa yeee. 

    -selamat mencuba-

kuih lapis


Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung jagung
1 cawan gula pasir
8 cawan santan kurang pekat
1 sudu kecil garam
Pewarna ikut kegemaran

Cara penyediaan :
- Adunan perlu dikisar 2 kali untuk pengisar saiz biasa. Jadi,  bahagikan adunan kepada 2.
- Masukkan santan, garam dan gula  ke dalam pengisar (blander).
- Kisar seminit dan masukkan tepung gandum dan tepung jagung.
- kisar lagi sehingga halus. Tapis adunan.
- Bahagikan adunan kepada 2 atau tiga warna yang disukai.
- kukus adunan tadi mengikut warna selapis demi selapis.
- setiap lapis perlu dikukus lebih kurang 2 minit.
- siap untuk dihidang…

Tips:
1. Loyang perlu dipanaskan di dalam kukusan (steamer) terlebih dahulu selama 5 minit supaya adunan tidak melekat apabila dikeluarkan.
2. Lapisan pertama perlu lebih tebal berbanding lapisan yang seterusnya supaya selepas dipotong kuih  senang ditarik keluar untuk dihidangkan. Contohnya, jika setiap lapis guna 2 senduk, maka lapisan pertama guna 3 senduk.
3. Santan jangan terlalu pekat, kerana kuih akan menjadi keras.

-SELAMAT MENCUBA-